Tuesday, July 10, 2012

Paqeh Stew

Paqeh Stew
aku lihat, kau ada potensi untuk melakukan sesuatu yang amazing, 
kerana bagi aku, kau adalah spiderman....
ko sungguh hebat dan bersinar antara mereka2 yang berkilau,
kau bagaikan hiasan permata di samping manik2 tiruan
yang hanya sekadar menemani kau mengharungi dunia ini,
kau boleh pergi jauh,
walau sedekat mana pun kau berada,
kerana kau adalah orang yang terpilih di antara mereka yang memilih,
kau adalah wangian di sebalik minyak wangi tiruan,
kerana kau adalah asli,
tiada pengganti,
dulu.. kini... dan selamanya....

kau tetap faris yang aku kenali,
kau tetap lelaki itu,
lelaki idaman Awiey Asri,
kau adalah modal insan yang tidak dikenali,
kerana kau masih bersembunyi
tanpa disedari,
tiada siapa yang peduli akan rintangan yang kau hadapi,
ada yang memerli,
mungkin ada yang memaki,
tapi, kau tidak pernah mencaci

kau lah jejaka pilihan ramai,
kau adalah lelaki yang tidak dikenali,
kau sungguh misteri,
kau sungguh berseri,
seribu satu malam kau berdikari,
tanpa mereka disisi,
tanpa ada tempat untuk menangis

mungkin ini sudah suratan takdir ilahi,
kau hebat tanpa ada yang sedari

Final Exam again

Final exam is here right now, we have been battle since it first came. Some of us have already lost in the battle field, we didn't know whether we win or lost. This is our destiny, this is our fate. We cannot run from this, because there is no where for us to hide, it will keep coming, it will haunt us till the end of day.... this is my last message, to anyone that found this message, remember this
"we will never give up, we will never be defeated, we will never surrender, to infinity and beyond"
 roger and out...............................

Tuesday, April 17, 2012

Mousepad baru




Thursday, January 26, 2012

Hari ke-2 praktikal

Hari ni dah start kitorang nya taining kat bahagian SRM. Under SRM ni ada beberapa bahagian yang akan kitorang lihat cara diorang ni beroperasi. Basically, SRM ni handle customer complain and problem related ngan network TM. Kalo ada problem, diorang akan keluarkan ticket number untuk complain tu dan akan keluarkan notis kepada team lain untuk settlekan. Contoh macam, internet Celcom kat Seri Kembangan slow, so Celcom akan buat complain kat TM samada melalui telefon atau email. Bila unit SRM ni dapat complain, diorang akan cek diorang punya network yang related dengan complain tu, contohnya kalo kat Seri Kembangan yang slow, so diroang cek kat Seri Kembangan lah. Kalo diorang cek, bahagian TM nya management ok, takde problem, diorang akan balas email kepada Celcom ngan proof 'ping' yang menunjukkan kat bahagian TM takde prob, so mungkin bahagian Celcomnya yang prob. Aku nak explain details, malas laa pulak...haha

Bawah ni, planning praktikal kitorang kat Unit SRM selama 4 hari:-

No. Date Time Trainee Group
1 26/1/2012 Morning Wan DSLWS
Azri Metro-E
Wamie System
Evening Wan HSBA
Azri Voice
Wamie Payphone
2 27/1/2012 Morning Wan Metro-E
Azri Co-Lo
Wamie DSLWS
Evening Wan VOICE
Azri Shift
Wamie HSBA
3 30/1/2012 Morning Wan System
Azri DSLWS
Wamie Co-Lo
Evening Wan Payphone
Azri HSBA
Wamie Shift
4 31/1/2012 Morning Wan Co-Lo
Azri System
Wamie Metro-E
Evening Wan Shift
Azri Payphone
Wamie Voice

Hari ni aku dah belajar camne Metro-E ngan Voice buat keje. Metro-E ni sebenarnya macam LAN gak, tapi LAN generasi baru, LAN yang dah bertukar menjadi WAN. Antara Wholesale product dalam Metro-E punya network adalah
1. Wholesale Ethernet
2. HSBB (Transmission)
3. HSBB (Access)
4. Domestic Transit Access
5. Wholesale Internet Access
6. DSL Backup

So, dalam team SRM under unit Metro-E, diorang akan handle any problem yang melibatkan product diorang seperti di atas.

Dalam topology Metro-E ada  NPE, EPE ngan UPE. Lihat gambar rajah dibawah:-




Dari pc kat sini, diorang boleh control semua UPE kat tempat len secara remote (lebih kurang macam config router atau switch, guna command show vlan). Nak buat jahat pun boleh kat sini.... hehe (tapi tak baik lah sebab nanti menyusahkan orang plak).

VOICE plak ada 5 jenis product, iaitu:

unit VOICE, handle problem yang related dengan telepon jer, contoh macam China nak call Jepun, tapi China takda direct connection dengan Jepun, so dia kena buat routing ke Malaysia untuk pergi ke Jepun. Bila China nak call Jepun, sekali orang India plak yang angkat tepon, so diorang pun buatlah complain kat TM Malaysia kata ada prob. So unit VOICE ni akan investigate apa prob dia dan solvekan. 

Semua yang aku belajar hari ni, berkaitan sangat dengan subjek Data Network yang aku belajar masa Semester 6. Basically, kat bahagian SRM ni, diorang macam Call Center r, kalo kita orang luar yang tak tau pape, tengok keje diorang ni, memang kita panggil diorang ni operator sebab keje diorang jawab panggilan tepon dan reply email complain customer. Memang menarik r keje diorang ni, keje 24 jam, 7 hari seminggu. So pc2 kat sini memang tak pernah tutup. Keje plak ada yang sampai 4shift ganti2, ada yang 3shift, ada yang 2shift dan ada yang normal shift yang mana masuk ofis pukul 8.30, balik 5.30 ikut office hour. Tunggu episode ke-3, The Return of Practical Day. CHAAAWWW!!!!!

Hari pertama praktikal.

Aku ngan member aku Wan dan Wamie praktikal kat TM Cyberjaya. Skop kerja xde sebab orang yang handle praktikal kitorang ni, dia nak kitorang belajar macam mana TM nya Data Network Management works. Ada flow-flow dia. Untuk pengetahuan korang, tempat praktikal kitorang ni handle untuk customer2 TM yang beli wholesale, tak sama macam Streamyx ngan Unifi. Streamyx ngan Unifi ni under retail. Maksud wholesale ni adalah customer2 yang beli bandwidth dari TM secara pukal (capacity untuk diorang transfer data). Antara customer diorang adalah company2 besar yang perlukan internet berkelajuan tinggi, Maxis, Celcom, Digi dan lain2. Sebenarnya yang korang guna internet dari phone tu cam 3G atau HSPDA yang melibatkan permindahan data tu, suma tu datang dari TM gak.
Dekat sini terbahagi kepada beberapa 'team' yang 'manage and handle customer complain'. Kitorang selaku pelajar praktikal ni akan melihat bagaimana cara semua team2 ni bekerjasama antara satu sama lain buat kerja diorang.  

Bawah ni adalah jadual untuk praktikal kitorang:

  25/01 - 31/01: SRM (Cyberjaya)
  01/02 - 10/02: SAM/NMCC (Cyberjaya)
  13/02 - 24/02: GDA (Jalan Raja Chulan)
  27/02 - 09/03: FRM (Jalan Raja Chulan)
  12/03 - 23/03: CPM (Jalan Raja Chulan)
  26/03 - 30/03: BCM/PRI (Cyberjaya)

Ni speed internet yang sempat aku test sebab saja nak tengok. Yang tak bestnya, mediafire ngan facebook takleh bukak sebab diorang block... haha


Sunday, January 01, 2012

Final Exam + Projek = Adoiiiiii......

Final exam akan tiba, aku ada 6 paper nak kena jawab sem ni. Subjek-subjek yang akan dipersembahkan pada Final Exam kali ini, adalah.....bunyi drum....drum....drum.....drum.....

2:15pm-5:15pm, Wk 1, 05-Jan-12
Groups: ENT600

9:00am-12:00pm, Wk 1, 08-Jan-12
Groups: QMT500

2:15pm-5:15pm, Wk 2, 11-Jan-12
Groups: ECE633

9:00am-12:00pm, Wk 2, 15-Jan-12
Groups: ECE541

8:30am-11:30am, Wk 3, 20-Jan-12
Groups: ESE563


Namun aku masih lagi belum start study sebab projek JAVA masih belum siap lagi. Tapi ku tidak akan patah hati, dan tidak akan aku berlari <--apsal macam ada rhythm plak ni?

adakah aku seorang rapper?
yang sukakan black pepper,
bakal bergelar seorang M.C,
tapi ku tak pernah ambik M.C.....YEAH!!!!!!

... hahaha.....

Programming projek untuk sem ini adalah untuk solvekan Sudoku guna JAVA. Pening skit JAVA ni sebab banyak sangat guna function, pening kepala nak tengok function ke function ke function.... Walaupun aku sememangnya sukakan function, tapi kalo dah berpusing2, pening gak kepala otak nak memahaminya....


Bayangkan lah, nak solvekan puzzle atas ni guna coding jer, pastu plak, language tu memang tak pernah belajar. Fuh, memang mencabar betul sambung degree ni, tapi takpe r, lagi pun nanti aku nak jadi Naib Canselor, kalo aku takde degree, orang kata apa plak kan????

"Cabaran perlu dicabar, biar pun ianya mencabar, tapi aku tetap bersabar. Kelak hari, nama ku terpampang di dada akhbar. Tersebar ke seluruh dunia tentang aku yang penuh semangat berkobar. Akhirnya, aku, tersenyum lebar." 
                                                                                                                         -muhdazri-

P.S: Sem ni macam bz giler je, selama satu sem ni, ni baru first time aku post something kat blog aku nie.....

Monday, August 15, 2011

PC, Ramadhan dan Kerja

Sekian terima kasih.... =.=??

Haha... starting with an ending is just so annoying....

Dah lama tak meng'update' blog yang ntah pape ni.... masuk hari ni genap lah 16 hari kita semua telah berpuasa, kepada yang tak cukup tu, tak tau r aku nak cakap apa, 
"umur dah besar panjang, tapi perangai macam orang mintak kena terajang"
(Message ini tidak ditujukan kepada sesiapa, tapi kalo ada yang terasa tu, memang ajaib laa.... haha)....
Aku masih lagi bekerja mencari rezeki sesuap PC..... Yup, ianya sesuap PC.... Ntah bila laa nak cukup duit beli barang-barang PC aku ni, dah masuk 3bulan dah kerja, tapi PC tak siap-siap lagi... Setakat ni baru beli hardisk ngan power supply jer, ntah bila nak beli barang-barang lain.... Masa semakin suntuk, kedengaran suara pensyarah-pensyarah yang akan memanggil aku di kala akulah pelajar yang ter'repeat' itu.... Yup, aku ter'repeat'.... ianya adalah suatu yang tidak disengajakan.... lagi pun bak kata pepatah,
"lama-lama belajar, takkan nanti jadi kurang ajar? ye tak?"
terasa panjang pulak kata-kata pujangga ni terus berkarang, mungkin sudah sampai masanya untuk berhenti seketika untuk memberi ruang kepada diri ini mempunyai masa terluang.... sekian....

 

Sunday, July 17, 2011

Gaming Desktop

Pergh, dah lama tak berkongsi luahan hati aku di blog yang serba usang lagi sunyi ini, pasti ianya sungguh misteri. What the ever laa.... Aku nak berkongsi ngan korang tentang status pembinaan PC aku, still lagi no progress... haha.... duit tak cukup nak beli full set lagi ma... Tapi takpe, kita masih lagi boleh berangan, so, aku nak kongsi r tentang plan pembinaan PC aku ni, bawah2 ni adalah antara list component yang aku aim untuk buat pc aku. (Still lagi unofficial sebab tengah survey lagi):-

 

 

Friday, May 20, 2011

Social Memories

Aplikasi Facebook yang baru, dinamakan sebagai Social Memories yang mana korang boleh beli dari facebook dengan harga yang sangat murah, kalau korang kaya. Disebabkan aku mempunyai banyak sangat masa yang terluang untuk dibuang, aku telah membuat benda alah ni.... seriously takde keje.... guna snipping tool ngan paint, maka tak payah r aku nak beli buku ni dengan harga 19pound.... haha..



Mencari Kerja

Kerja apa yang sesuai untuk aku? Ntah r... dah penat cari.... Tengah best search cari kerja kat www.mudah.my, aku terjumpa kerja yang menarik, sesuai untuk bapok atau maknyah di sekitar area Shah Alam.... lol

Thursday, May 12, 2011

Konvoi Ke Sungai Congkak

Akhirnya aku dah bebas dan merdeka, tiada lagi projek yang perlu disiapkan, tiada lagi report yang perlu dihantar. Aku kini dapat bernafas dengan lega tanpa perlu memikirkan mengenai akademik yang memeningkan kepala.Setelah berakhirnya penantian 10 May, aku dan rakan-rakan sekelas meraikannya dengan pergi mandi-manda ke Sungai Congkak, pelbagai rintangan dan halangan ketika dalam perjalanan kami hendak ke sana, namun akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju.

 
9.01am: Berkumpul di rumah Azif Firdaus sebelum bertolak. 


Sebenarnya, takde sorang pun yang tahu jalan yang sebenar-benarnya nak pergi ke Sungai Congkak tu, masing-masing buat pandai dan meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang tidak diketahui sampai ke tak. Dah sesat nak masuk ke Semenyih, baru r diorang nak follow Garmin(Sistem GPS). Bawah ni map jalan yang kitorang ikut, sepatutnya kitorang ikut jalan A ke B, tapi kitorang ikut jalan A ke C ke B. Bukan main jauh lagi... haha.




11.31am: Waktu ni dah hampir sampai ke Sungai Congkak dah.
Lagi 6km lagi untuk kami sampai ke Sungai Congkak. Ada antara bebudak ni yang nak pergi isi minyak waktu tu, tapi stesen minyak yang berdekatan lebih kurang 10km menuju ke arah KL, tapi nasib baik ada orang-orang kampung kat sini yang jual minyak dalam botol air mineral, 1.5liter = RM3.50, mahal? Anda lah yang tentukan.

11:35am: Bergerak menuju ke destinasi.
Akhirnya sampai juga kat Sungai Congkak ni. Walaupun jauh perjalanan, namun ianya sangat berbaloi. Kami semua berseronok dan bersuka ria bersama-sama, melupakan segala masalah yang telah dihadapi atau yang bakal kami hadapi. Keriangan ini akan menjadi kenangan kami semua.

Sampai-sampai jer, terus makan mee hun yang dimasak oleh Shahril dan adiknya,sedap tapi tak cukup mengenyangkan sebab masing2 perut tengah lapar tahap ular boleh makan anak lembu. Dah selesai makan, baru r kitorang memulakan proses membakar ayam dan hotdog.

12:26pm: Kerja-kerja membakar ayam.

Ayam yang diperap oleh Zack, SEDAP!!. Ada orang komen, katanya ayam yang diperap ni rasa macam satay. Sumber: Yen Shahril's Photos - kisah congkak

12:26pm: Aku tak paham dengan mamat sorang ni, keje dia asyik nak buat empangan jer, mana-mana area dia pergi, mesti dia akan buat empangan.

12:27pm: Orang lain turut terhasut sama untuk membina empangan mamat ni (termasuk r aku, acap, bopen)



2:07pm: Riang ria bergembira bersama.

2:07pm: Riang ria bergembira bersama lagi.

2:07pm: Bersuka ria tak ingat dunia.

2:07pm: Bersuka-ria macam buaya.

2:08pm: Keindahan Sungai Congkak.

2:08pm: Shot dari atas air.

2:08pm: Shot dari atas air lagi.
Setelah puas bermandi-manda, kami menuju pulang ke Shah Alam. konvoi bersama rakan-rakan sememangnya seronok. Sorang ikut jalan salah, semua akan ikut jalan salah.... haha...







4:46pm: Isi minyak di Stesen Petronas sebelum bergerak pulang.

4:46pm: Bergerak pulang ke Shah Alam.

4:47pm: Bebudak ni suma 'pau' goreng pisang Art masa dia pergi ke tandas. Dia balik jer, tengok tinggal satu jer lagi untuk da makan...haha.
Rupa-rupanya, dekat jer jalan kalau kitorang ikut straight jalan gi Sungai Congkak tu lalu Lebuhraya Persekutuan. Masa kitorang balik tu, keluar pulak kat jalan Midvalley.... haha.... Masing-masing dah tau jalan, bukan main laju lagi bawak, tak dapat aku nak kejar dengan motor aku yang slow ni.



Kesimpulan: Kami semua seronok pada hari itu, semuanya selamat pergi dan selamat pulang. Kami pergi 12 orang, balik juga 12 orang(tak sure r, sebab balik tu suma dah pecah-pecah, kot-kot r ada yang bawak terlebih... ianya suatu kemisterian). Program ini akan kami adakan lagi pada semester hadapan. Sekian sahaja coretan diari seorang yang penuh misteri ini.

Friday, April 29, 2011

Sem5: Final Exam

"Stupid student study, smart student standby"


2:15pm-5:15pm, Wk 2, 30-Apr-11
Modules: EE250
Groups: QMT500

9:00am-12:00pm, Wk 3, 04-May-11
Modules: EE250
Groups: ECE532

9:00am-12:00pm, Wk 3, 07-May-11
Modules: EE250
Groups: ESE563



kehadirannya dirasai, pemergiaannya amatdinanti....

Friday, April 22, 2011

Kecuakkan

Pergh... aku 'cuak' gler tadi. Aku hampir-hampir merosakkan sebuat netbook...hahaha..... Aku nak install Windows7 kat dalam netbook yang menggunakan WindowsXP ni atas permintaan tuan punya netbook. Aku dah copy file Windows7 letak kat dalam pendrive, nak buat bootable dari pendrive (sebab netbook takde cdrom, so takleh nak install guna cd). Pas aku restart and pilih boot dari pendrive, aku terlupa nak tekan supaya dia boot, so aku tekan power button supaya netbook tu off, sekali dia off, tak nak hidup balik... waaaa...

Macam-macam cara aku buat, cara yang paling banyak aku try ialah berdoa...hehe.... aku search tenet apsal netbook ni tak nak ON. Aku pelik gler apsal dia tak boot ke hardisk, sebab power ada, and kipas cooler dia pun pusing. Aku memang tak expect lansung rupa-rupanya problem dia adalah sebab bios dia dah corrupt. Memang tak jangka lansung bios pun boleh corrupt, padahal aku tak kaco pun bios.... kat bawah ni adalah cara aku solvekan prob tu... terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya website sebab bagi tutorial yang sangat berguna, rugi aku tak guna topik ni untuk buat projek multimedia aku hari tu. kalo tak, senang skit nak present....


1. Insert your USB drive/thumb drive into a working windows system. Open up my computer or computer and locate your usb drive and right click and select format. Format the drive with ‘FAT’ file system and not FAT32 minimum 256 MB in capacity.
2. Download the attached zip file AS1_BIOS_3309.ZIP
3. Extract the files on the root directory of the USB Flash Drive.
4. Turn off the Aspire One and make sure that both power adapter and battery are connected to the netbook.
5. Plug in the USB stick to any port on the failed Aspire One
6. Press and hold Fn+ESC and then press the power button. The power LED will now be blinking.
7. Press the power button ONCE. During this time, it will now initiate the BIOS update, DO NOT INTERRUPT IT UNDER ANY CIRCUMSTANCES.<--benda ni kalo korang tak ikut, memang jahanam bios korang.
8. After about 2 minutes, the power LED will stop blinking and the Aspire One will reboot. The BIOS is now complete.
9. IF the unit DID NOT REBOOT BY ITSELF, wait a further 5 – 7 minutes before rebooting the unit as the BIOS may still be flashing. 

source: http://forums.windowsforum.org/index.php?showtopic=41608

kalo korang nak try, boleh jer, cuma kena make sure korang ikut betul2, sebab kalo korang tak buat betul2, bios korang boleh corrupt untuk selamanya...

Monday, April 18, 2011

Menanti tibanya final....

Selama ni, tak pernah aku ternanti2 kan final tiba. Tapi sem ni, bukan aku sorang jer, boleh dikatakan, satu kelas menunggu final yang lambat sungguh dirasakan... Kenapa?

Kerana satu subjek,
kerana satu subjek yang tiada final paper,
kerana satu subjek buatkan kami pening kepala,
kerana satu subjek buatkan kami rasa gundah gelana,
kerana satu subjek yang menyebabkan subjek yang lain tidak sempurna,
kerana satu subjek kami merana,
kerana satu subjek kami sengsara,
kerana satu subjek kami kecewa,
kerana satu subjek, kami rasa direject.

Subjek apakah itu? tak payah pening2kan kepala, layan maharaja lawak lagi best....

Wednesday, April 06, 2011

Carrymark ECE551

TEST 1 (ECE 551)

Carry Mark ECE551: EE250 5A


Below is your carrymark results:

UiTM.ID Name Mark
2009102XXX ILI NADIA BINTI MD ISA 35.6
2009143XXX NUR HIDAYATUDEEN IMAN BIN SUKIRMAN 25.9
2009144XXX ZUBLI QUZAIMER BIN ZUBLI 32.5
2009175XXX ALWI BIN MOHD ASRI 22.9
2009382XXX NOR ASHIKIN BINTI MOHD SAM 29.8
2009393XXX MOHD SHAHRIL B. MOHAMMED SHIKRI 30.0
2009512XXX MUHAMMAD RIDZUAN BIN AZMI 15.5
2009543XXX ABDUL HADI BIN ABDUL MALIK NA
2009546XXX MUHAMMAD AZRI BIN ABDUL KUDUS 10.1
2009571XXX ABDUL ZAMIQ ZAQWAN BIN ABD RAZAK 39.0
2009702XXX AZIF FIRDAUS BIN AHMAD 27.2
2009715XXX MUHAMMAD ASHRAF BIN IZHAM 27.2
2009717XXX MOHD FARIS BIN DOLAMAHPUL 30.6
2009722XXX HAIRUL HAZWAN BIN HAIRUDDIN 16.4
2009937XXX MOHD AZHAR BIN ABDULLAH 36.9
2009966XXX NURADILA EILEEN BINTI ISMAIL 38.8

Instructor: En.Zaini Zabidi


Sunday, April 03, 2011

PERTANDINGAN CATUR SUKAN PIALA DEKAN (APB)

Seriously game ni buatkan aku butthurt(pengaruh blogserius). Teruk gler management dia. Cecite..cecite... Citernya gini

7.45 pagi:
Nak pergi ke taknak? nak pergi ke taknak? Pergi je r, lagi pun dah lama tak men chess, nak balas dendam balik sebab aritu tak pegi tournament kat Klang aritu.

8.20 pagi:
Kunci motor dalam genggaman, semangat berkobar-kobar untuk memasuki perlawanan chess yang pada aku ada keistimewaannya tersendiri -> Piala Dekan tu, aku selama ni tak pernah dapat dekan, mungkin kalo dapat piala ni, ada jugak r pangkat dekan melekat kat aku...haha... Bergerak pergi.... Vroom... Vroommm...

8.35 pagi:
Wow ada banyak sukan r rupa-rupanya piala ni, ada bola tampar, pingpong, bola jaring dan sebagainya. Aku pun masuk r kat dalam Pusat Sukan tu(tem0pat tournament tu). Masuk-masuk je, eh... maner tournament chess nya ni? Takde pun... rupa-rupanya kat luar pusat game tournament tu, aku pun sapa r sorang mamat yang tengah duduk men chess sorang2( Ye, dia men sorang2, power gler mamat ni). Aku tanya kat dia
Aku: "Ko dah daftar ke?"
Mamat tu:"Dah"
Aku:"Kat mana daftar?"
Mamat tu:"Kat bawah khemah kat sana tu"
Aku:"Owh....."

8.40 pagi:
Aku pun daftar r, dapat nasi lemak ngan teo r.... Terbaik r, masuk bayar rm2 je, dapat men, dapat makan, tapi aku kata jap lagi r, nak men dulu, nanti kenyang tak dapat concentrate plak masa men nanti.

9.00 pagi:
Game bermula, WTF???? 7orang je ke yang men? kalo camni boleh r aku menang...muahahaha.... rules dia cuma satu je, main kalah mati game 30minit, kalau masa habis, kira buah saper yang paling banyak atas board, dia akan menang. Memang teruk gler management dia. Dah r 1st round aku bye(maksudnya aku tak yah men sebab tak cukup opponent), so 1st round kira aku menang r. Aku pun tengok r player2 lain main. Ada sorang dua jer yang ada basic masuk tournament, yang len suma main suka2 je. Bayang kan r guna jam pun tak tau, ada plak tu tekan jam dulu, baru jalan... haha... aku nak tegur rasa bersalah plak sebab ganggu diorang men, sesaper yang pernah masuk tournament chess memang paham r apa yang aku maksudkan, standard chess rules, tak boleh ganggu player len, kalo dia tak tekan jam, tak boleh tegur, touch move dan lain2... Takpe r, game diorang, bukan game aku...

9.20 pagi:
Ada satu game dah habis men, so yang menang kena lawan aku, yang kalah boleh balik, sadisnya men game camni... aku pun setkan jam, borak2 skit ngan opponent aku dan start kan game, 1st step, 2nd step, 3rd step, 4th step dan checkmate... Pergh, power gler aku.... tak sampai 15saat aku menang....DAMN....

9.30 pagi:
aku nak citer pun malas dah, 1st round ada dua yang bye.... WTF???? Reason? sebab diorang ada game len tadi.... pukul 10 lebih tournament tu dah habis, aku kalah tempat kedua... Johannya adalah budak pompuan dari INTEC...

Thursday, March 31, 2011

Linked List dan Structure

Minggu ni kelas Data Structure aku ada Lab Test. Dalam lab test tu kitorang kena modify program linked list yang dia berikan mengikut kehendak soalan. Linked list kena gunakan structure untuk buat yang mana structure gunakan pointer. Aku pun masih blur2 lagi pasal pointer dengan structure ni, tapi apa yang aku paham kalo tak paham structure memang linked list pun tak kan paham. Tapi sebab aku ada anugerah yang telah Allah S.W.T berikan, iaitu anugerah pandai meng'edit', maka dapat r aku selesai kan programming ni. Untuk belajar programming ni, kita kena selalu gunakan konsep 'trial and error' , baru r kita boleh paham macam mana flow programming tu. Kita guna 'coding' ni, tengok macam mana output dia, pahamkan macam mana compiler tu baca instruction yang kita buat "line by line". Kalo kita reti baca coding tu baris demi baris, maka kita dapat cari dekat mana 'error' yang kita buat. Dekat bawah ni adalah soalan Lab Test minggu ni, setelah bertungku-lumus, akhirnya aku berjaya 'solve' kan juga.

# include <stdio.h>
# include <stdlib.h>
struct node
    {
    int data;
    struct node *link;
    };
struct node *insert(struct node *p, int n)
    {
    struct node *temp;
    if(p==NULL)
        {
        p=(struct node *)malloc(sizeof(struct node));
        if(p==NULL)
            {
            printf("Error\n");
            exit(0);
            }
        p-> data = n;
        p-> link = NULL;
        }
    else
        p->link = insert(p->link,n);/* the while loop replaced by
                                    recursive call */
    return (p);
    };
void printlist ( struct node *p )
    {
    printf("The data values in the list are\n");
    while (p!= NULL)
        {
        printf("%d\t",p-> data);
        p = p-> link;
        }
    };
void main()
    {
    int n;
    int x;
    struct node *start = NULL ;
    printf("Enter the # of nodes to be created \n");
    scanf("%d",&n);
    while ( n--> 0 )
        {
        printf( "Enter the data values to be placed in a node\n");
        scanf("%d",&x);
        start = insert ( start, x );
        }
    printf("The created list is\n");
    printlist ( start );
    }
    /*
    QUESTION:
    a)  modify the above program output the list every time
        node data is entered.
        e.g:
        34
        34 -->
        50
        34 --> 50 -->
    b)  modify the program so as to find the maximum and
        minimum node values in the list.
    c)  modify the program so as to reverse the linked list.

Kalo korang tengok soalan tu, dia ada satu structure untuk programkan linked list, satu function untuk display dan satu main program. Aku pun still tak paham lagi macam mana guna structure tu tapi aku tau structure tu digunakan untuk membaca dan susun data yang korang akan masukkan masa kat main program tu nanti kepada linked list. Kalo korang tengok jawapan coding aku untuk soalan A,B dan C. Aku gunakan struktur yang sama untuk semua program yang mana ada satu structure, satu function display dan satu main program (dah nama pun suruh modify, kalo dah lain bebenor, tu bukan modify namanya). Sebab apa? sebab memang tu coding untuk buat linked list. Memang ada cara lain lagi kot atau mungkin jauh beza dari coding tu, tapi kalo korang setkan dalam mind set korang yang coding tu memang guna untuk cari linked list, maka korang boleh gunakan structure yang sama untuk suma soalan, sebab sumanya dalah untuk cari linked list. Macam matematik jugak, equation bawah ni korang boleh dengan macam2 cara:-
2+2=4 atau
(+2)+2=4 atau
2+(+2)=4 atau
2+2=+4

bentuk yang berbeza tetapi semuanya benda yang sama. Macam tu jugak r programming, macam2 coding kita boleh buat dan gunakan untuk 'solve'kan sesuatu soalan asalkan tak lari dengan apa yang kita nak cari. Untuk soalan A, dia nak:-

  a)  modify the above program output the list every time
        node data is entered.
        e.g:
        34
        34 -->
        50
        34 --> 50 -->

Perlu tak aku gunakan coding lain? tak perlu sebab dia cuma nak output tu je yang display kan benda lain. So nak modify kat mana? modify kat bahagian function display ngan kat main program. Just cut and paste jer.

# include <stdio.h>
# include <stdlib.h>
struct node
    {
    int data;
    struct node *link;
    };
struct node *insert(struct node *p, int n)
    {
    struct node *temp;
    if(p==NULL)
        {
        p=(struct node *)malloc(sizeof(struct node));
        if(p==NULL)
            {
            printf("Error\n");
            exit(0);
            }
        p-> data = n;
        p-> link = NULL;
        }
    else
        p->link = insert(p->link,n);/* the while loop replaced by
                                    recursive call */
    return (p);
    };

void printlist ( struct node *p )
    {
    while (p!= NULL)
        {
        printf("%d --> ",p-> data);
        p = p-> link;
        }
    };

void main()
    {
    int n;
    int x;
    struct node *start = NULL ;
    printf("Enter the # of nodes to be created \n");
    scanf("%d",&n);
    while ( n--> 0 )
        {
        printf( "Enter the data values to be placed in a node\n");
        scanf("%d",&x);
        start = insert ( start, x );
        printlist ( start );
        }
    printf("\n\nThe created list is\n");
    printlist ( start );
    printf("GND");
    }
Untuk soalan b pulak, dia nak:-   

b)  modify the program so as to find the maximum and
        minimum node values in the list.
Untuk soalan ni aku ada dua coding satu yang 'sort' dan satu lagi 'unsort'. Sebab mula2 aku ingatkan kita kena sort kan list tu dulu baru boleh cari nilai minumum dan maximum dia, rupanya2 tak sort pun takpe.

UNSORT:
# include <stdio.h>
# include <stdlib.h>

struct node
    {
    int data;
    struct node *link;
    };
struct node *insert(struct node *p, int n)
    {
    struct node *temp;
    if(p==NULL)
        {
        p=(struct node *)malloc(sizeof(struct node));
        if(p==NULL)
            {
            printf("Error\n");
            exit(0);
            }
        p-> data = n;
        p-> link = NULL;
        }
    else
        p->link = insert(p->link,n);/* the while loop replaced by
                                    recursive call */
    return (p);
    };

void printlist ( struct node *p )
    {
    while (p!= NULL)
        {
        printf("%d --> ",p-> data);
        p = p-> link;
        }
    };

void main()
{
    int n;
    int x;
    struct node *start= NULL ;
    printf("Enter the # of nodes to be created \n");
    scanf("%d",&n);
    while ( n--> 0 )
        {
        printf( "Enter the data values to be placed in a node\n");
        scanf("%d",&x);
        start = insert ( start, x );
        printlist ( start );
        }
    printf("\n\nThe created list is\n");
    printlist ( start );
    printf("GND\n");
    struct node *r,*q;
    int min,max,i;
    r=start->link;
    q=r;
    min=r->data;
    r=r->link;
    while(r)
    {
        if(r->data<min)
            {
            min=r->data;
            r=start;
            }
        r=r->link;
    }
    r=start->link;
    q=r;
    max=q->data;
    while(r)
        {
            if(r->data>max)
            {
                max=r->data;
                q=r;
            }
        r=r->link;
        }
    printf("\nMinimum node values in the list: %d\n",min);
    printf("Maximum node values in the list: %d",max);
    printf("\n");
}


SORT:
# include <stdio.h>
# include <stdlib.h>

struct node
    {
    int data;
    struct node *link;
    };
struct node *insert(struct node *p, int n)
    {
    struct node *temp,*sem, *baru, *curr, *prev;
    if(p==NULL)
                {
                p = (struct node*)malloc(sizeof(struct node));
                p->data=n;
                p->link = NULL;
                }
             else
                {
                baru = (struct node*)malloc(sizeof(struct node));
                baru->data=n;
                baru->link = NULL;
                prev=NULL;
                curr=p;
                //searching stops when data is found or end of link.
                if(n<=curr->data)
                    {
                    baru->link=curr;
                    p=baru;
                    }
                else
                    {
                    while ((n>curr->data) && (curr->link != NULL))
                        {
                        prev=curr;
                        curr=curr->link;
                        };
                    if((n>curr->data) && (curr->link == NULL))
                            curr->link=baru;
                    else
                        {
                        prev->link=baru;
                        baru->link=curr;
                        }
                    }
                }
    return (p);
    };
void printlist ( struct node *p )
    {
    while (p!= NULL)
        {
        printf("%d --> ",p-> data);
        p = p-> link;
        }
    };
void main()
{
    int n;
    int x;
    struct node *start= NULL ;
    printf("Enter the # of nodes to be created \n");
    scanf("%d",&n);
    while ( n--> 0 )
        {
        printf( "Enter the data values to be placed in a node\n");
        scanf("%d",&x);
        start = insert ( start, x );
        printlist ( start );
        }
    printf("\n\nThe created list is\n");
    printlist ( start );
    printf("GND\n");
    struct node *r,*q;
    int min,max,i;
    r=start->link;
    q=r;
    min=r->data;
    r=r->link;
    while(r)
    {
        if(r->data<min)
            {
            min=r->data;
            r=start;
            }
        r=r->link;
    }
    r=start->link;
    q=r;
    max=q->data;
    while(r)
        {
            if(r->data>max)
            {
                max=r->data;
                q=r;
            }
        r=r->link;
        }
    printf("\nMinimum node values in the list: %d\n",min);
    printf("Maximum node values in the list: %d",max);
    printf("\n");
}

untuk soalan C:-
 c)  modify the program so as to reverse the linked list.

yang ni aku malas nak explain sebab aku ambik direct dari internet....

//NAME: MUHAMMAD AZRI BIN ABDUL KUDUS
//UiTM ID: 2009546345
# include <stdio.h>
# include <stdlib.h>

struct node
    {
    int data;
    struct node *link;
    };

struct node *insert(struct node *p, int n)
    {
    struct node *temp;
    if(p==NULL)
        {
        p=(struct node *)malloc(sizeof(struct node));
        if(p==NULL)
            {
            printf("Error\n");
            exit(0);
            }
        p-> data = n;
        p-> link = p;
        }
    else
        {
        temp = p;
        while (temp-> link != p)
        temp = temp-> link;
        temp-> link = (struct node *)malloc(sizeof(struct node));
        if(temp -> link == NULL)
            {
                printf("Error\n");
                exit(0);
            }
        temp = temp-> link;
        temp-> data = n;
        temp-> link = p;
        }
        return (p);
}
struct node *reverse(struct node *p)
{
    struct node *prev, *curr;
        prev = NULL;
        curr = p;
        while (curr != NULL)
        {
            p = p-> link;
            curr-> link = prev;
            prev = curr;
            curr = p;
        }
        return(prev);
}

void printlist ( struct node *p )
{
        struct node *temp;
        temp = p;
        if(p!= NULL)
                {
                        printf("%d --> ",temp->data);
                        temp=temp->link;
                }while (temp!= p);
        else
        {
                printf("The list is empty\n");
        }
}

void main()
{
        int n;
        int x;
        struct node *start = NULL ;
        printf("Enter the number of nodes to create: \n");
        scanf("%d",&n);
        while ( n --> 0 )
        {
                printf( "Enter the data values to be placed in a node\n");
                scanf("%d",&x);
                start = insert ( start, x );
                printlist(start);
        }
        printf("\n\nDETAILS OF CREATED LIST:\n");
        printlist (start);
        printf("GND");
        start = reverse(start);
        printf("\n\nREVERSE LIST OF NUMBERS:\n");
        printlist(start);
        printf("GND");
}

Wednesday, March 23, 2011

P.I.C Talk

Sungguh kagum dengan ke'talk'kannya. Tengah-tengah dengar 'talk' tu boleh plak r aku meng'upload'kan video ke dalam 1tube... haha....

Banyak info-info serta ilmu yang boleh didapati dari 'talk' tersebut. Walau bagaimana pun ilmu untuk menyiapkan 'circuit' untuk projek smart lighting system masih lagi belum diperolehi.





Selepas selesai 'talk' yang mengambil masa selama 2jam untuk dihabiskan, para pelajar disajikan dengan minum petang berkuihkan karipap dan kuih apa ntah serta air teh. Kelihatan semuanya gembira menjamu selera.

Tuesday, March 22, 2011

Hasil kreatif seorang penciplak telah diciplak.

Figure 1.1: Banyak masa terluang.
Figure 1.2: Tak tulis nanti masuk tong sampah pulak.

Shah Alam: Kes plagiat yang semakin menjadi-jadi di IPTA sangat membimbangkan penduduk di kawasan Seksyen 7. Mangsa yang tidak mahu nama glamournya dikenali menyatakan dalam nada yang bersahaja "Plagiat tu tajuk BEL aku masa semester 3 dulu". Berikutan kejadian ini, pihak pegawai polis dan penjaga pam-pam minyak di sekitar Seksyen 2,7,19 dan 24 telah menyuarakan bantahan mereka dengan mengadakan bantahan secara senyap. Bantahan yang seakan-akan tidak kelihatan seperti bantahan ini telah membuatkan ramai lagi yang ingin turut serta menyertainya. Selain itu, penutupan jalan di pintu masuk seksyen 7 di IPTA tersebut tersangatlah dirasai oleh para pelajar di IPTA tersebut yang menyebabkan mereka semakin menjadi malas hendak ke kelas dengan alasan yang kurang munasabah seperti takut tersesat di dalam IPTA tersebut kerana tak biasa jalan-jalan kat dalam tu.

Nampak benor nipunya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...