Friday, May 20, 2011

Social Memories

Aplikasi Facebook yang baru, dinamakan sebagai Social Memories yang mana korang boleh beli dari facebook dengan harga yang sangat murah, kalau korang kaya. Disebabkan aku mempunyai banyak sangat masa yang terluang untuk dibuang, aku telah membuat benda alah ni.... seriously takde keje.... guna snipping tool ngan paint, maka tak payah r aku nak beli buku ni dengan harga 19pound.... haha..



Mencari Kerja

Kerja apa yang sesuai untuk aku? Ntah r... dah penat cari.... Tengah best search cari kerja kat www.mudah.my, aku terjumpa kerja yang menarik, sesuai untuk bapok atau maknyah di sekitar area Shah Alam.... lol

Thursday, May 12, 2011

Konvoi Ke Sungai Congkak

Akhirnya aku dah bebas dan merdeka, tiada lagi projek yang perlu disiapkan, tiada lagi report yang perlu dihantar. Aku kini dapat bernafas dengan lega tanpa perlu memikirkan mengenai akademik yang memeningkan kepala.Setelah berakhirnya penantian 10 May, aku dan rakan-rakan sekelas meraikannya dengan pergi mandi-manda ke Sungai Congkak, pelbagai rintangan dan halangan ketika dalam perjalanan kami hendak ke sana, namun akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju.

 
9.01am: Berkumpul di rumah Azif Firdaus sebelum bertolak. 


Sebenarnya, takde sorang pun yang tahu jalan yang sebenar-benarnya nak pergi ke Sungai Congkak tu, masing-masing buat pandai dan meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang tidak diketahui sampai ke tak. Dah sesat nak masuk ke Semenyih, baru r diorang nak follow Garmin(Sistem GPS). Bawah ni map jalan yang kitorang ikut, sepatutnya kitorang ikut jalan A ke B, tapi kitorang ikut jalan A ke C ke B. Bukan main jauh lagi... haha.




11.31am: Waktu ni dah hampir sampai ke Sungai Congkak dah.
Lagi 6km lagi untuk kami sampai ke Sungai Congkak. Ada antara bebudak ni yang nak pergi isi minyak waktu tu, tapi stesen minyak yang berdekatan lebih kurang 10km menuju ke arah KL, tapi nasib baik ada orang-orang kampung kat sini yang jual minyak dalam botol air mineral, 1.5liter = RM3.50, mahal? Anda lah yang tentukan.

11:35am: Bergerak menuju ke destinasi.
Akhirnya sampai juga kat Sungai Congkak ni. Walaupun jauh perjalanan, namun ianya sangat berbaloi. Kami semua berseronok dan bersuka ria bersama-sama, melupakan segala masalah yang telah dihadapi atau yang bakal kami hadapi. Keriangan ini akan menjadi kenangan kami semua.

Sampai-sampai jer, terus makan mee hun yang dimasak oleh Shahril dan adiknya,sedap tapi tak cukup mengenyangkan sebab masing2 perut tengah lapar tahap ular boleh makan anak lembu. Dah selesai makan, baru r kitorang memulakan proses membakar ayam dan hotdog.

12:26pm: Kerja-kerja membakar ayam.

Ayam yang diperap oleh Zack, SEDAP!!. Ada orang komen, katanya ayam yang diperap ni rasa macam satay. Sumber: Yen Shahril's Photos - kisah congkak

12:26pm: Aku tak paham dengan mamat sorang ni, keje dia asyik nak buat empangan jer, mana-mana area dia pergi, mesti dia akan buat empangan.

12:27pm: Orang lain turut terhasut sama untuk membina empangan mamat ni (termasuk r aku, acap, bopen)



2:07pm: Riang ria bergembira bersama.

2:07pm: Riang ria bergembira bersama lagi.

2:07pm: Bersuka ria tak ingat dunia.

2:07pm: Bersuka-ria macam buaya.

2:08pm: Keindahan Sungai Congkak.

2:08pm: Shot dari atas air.

2:08pm: Shot dari atas air lagi.
Setelah puas bermandi-manda, kami menuju pulang ke Shah Alam. konvoi bersama rakan-rakan sememangnya seronok. Sorang ikut jalan salah, semua akan ikut jalan salah.... haha...







4:46pm: Isi minyak di Stesen Petronas sebelum bergerak pulang.

4:46pm: Bergerak pulang ke Shah Alam.

4:47pm: Bebudak ni suma 'pau' goreng pisang Art masa dia pergi ke tandas. Dia balik jer, tengok tinggal satu jer lagi untuk da makan...haha.
Rupa-rupanya, dekat jer jalan kalau kitorang ikut straight jalan gi Sungai Congkak tu lalu Lebuhraya Persekutuan. Masa kitorang balik tu, keluar pulak kat jalan Midvalley.... haha.... Masing-masing dah tau jalan, bukan main laju lagi bawak, tak dapat aku nak kejar dengan motor aku yang slow ni.



Kesimpulan: Kami semua seronok pada hari itu, semuanya selamat pergi dan selamat pulang. Kami pergi 12 orang, balik juga 12 orang(tak sure r, sebab balik tu suma dah pecah-pecah, kot-kot r ada yang bawak terlebih... ianya suatu kemisterian). Program ini akan kami adakan lagi pada semester hadapan. Sekian sahaja coretan diari seorang yang penuh misteri ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...