Tuesday, July 10, 2012

Paqeh Stew

Paqeh Stew
aku lihat, kau ada potensi untuk melakukan sesuatu yang amazing, 
kerana bagi aku, kau adalah spiderman....
ko sungguh hebat dan bersinar antara mereka2 yang berkilau,
kau bagaikan hiasan permata di samping manik2 tiruan
yang hanya sekadar menemani kau mengharungi dunia ini,
kau boleh pergi jauh,
walau sedekat mana pun kau berada,
kerana kau adalah orang yang terpilih di antara mereka yang memilih,
kau adalah wangian di sebalik minyak wangi tiruan,
kerana kau adalah asli,
tiada pengganti,
dulu.. kini... dan selamanya....

kau tetap faris yang aku kenali,
kau tetap lelaki itu,
lelaki idaman Awiey Asri,
kau adalah modal insan yang tidak dikenali,
kerana kau masih bersembunyi
tanpa disedari,
tiada siapa yang peduli akan rintangan yang kau hadapi,
ada yang memerli,
mungkin ada yang memaki,
tapi, kau tidak pernah mencaci

kau lah jejaka pilihan ramai,
kau adalah lelaki yang tidak dikenali,
kau sungguh misteri,
kau sungguh berseri,
seribu satu malam kau berdikari,
tanpa mereka disisi,
tanpa ada tempat untuk menangis

mungkin ini sudah suratan takdir ilahi,
kau hebat tanpa ada yang sedari

Final Exam again

Final exam is here right now, we have been battle since it first came. Some of us have already lost in the battle field, we didn't know whether we win or lost. This is our destiny, this is our fate. We cannot run from this, because there is no where for us to hide, it will keep coming, it will haunt us till the end of day.... this is my last message, to anyone that found this message, remember this
"we will never give up, we will never be defeated, we will never surrender, to infinity and beyond"
 roger and out...............................

Tuesday, April 17, 2012

Mousepad baru




Thursday, January 26, 2012

Hari ke-2 praktikal

Hari ni dah start kitorang nya taining kat bahagian SRM. Under SRM ni ada beberapa bahagian yang akan kitorang lihat cara diorang ni beroperasi. Basically, SRM ni handle customer complain and problem related ngan network TM. Kalo ada problem, diorang akan keluarkan ticket number untuk complain tu dan akan keluarkan notis kepada team lain untuk settlekan. Contoh macam, internet Celcom kat Seri Kembangan slow, so Celcom akan buat complain kat TM samada melalui telefon atau email. Bila unit SRM ni dapat complain, diorang akan cek diorang punya network yang related dengan complain tu, contohnya kalo kat Seri Kembangan yang slow, so diroang cek kat Seri Kembangan lah. Kalo diorang cek, bahagian TM nya management ok, takde problem, diorang akan balas email kepada Celcom ngan proof 'ping' yang menunjukkan kat bahagian TM takde prob, so mungkin bahagian Celcomnya yang prob. Aku nak explain details, malas laa pulak...haha

Bawah ni, planning praktikal kitorang kat Unit SRM selama 4 hari:-

No. Date Time Trainee Group
1 26/1/2012 Morning Wan DSLWS
Azri Metro-E
Wamie System
Evening Wan HSBA
Azri Voice
Wamie Payphone
2 27/1/2012 Morning Wan Metro-E
Azri Co-Lo
Wamie DSLWS
Evening Wan VOICE
Azri Shift
Wamie HSBA
3 30/1/2012 Morning Wan System
Azri DSLWS
Wamie Co-Lo
Evening Wan Payphone
Azri HSBA
Wamie Shift
4 31/1/2012 Morning Wan Co-Lo
Azri System
Wamie Metro-E
Evening Wan Shift
Azri Payphone
Wamie Voice

Hari ni aku dah belajar camne Metro-E ngan Voice buat keje. Metro-E ni sebenarnya macam LAN gak, tapi LAN generasi baru, LAN yang dah bertukar menjadi WAN. Antara Wholesale product dalam Metro-E punya network adalah
1. Wholesale Ethernet
2. HSBB (Transmission)
3. HSBB (Access)
4. Domestic Transit Access
5. Wholesale Internet Access
6. DSL Backup

So, dalam team SRM under unit Metro-E, diorang akan handle any problem yang melibatkan product diorang seperti di atas.

Dalam topology Metro-E ada  NPE, EPE ngan UPE. Lihat gambar rajah dibawah:-




Dari pc kat sini, diorang boleh control semua UPE kat tempat len secara remote (lebih kurang macam config router atau switch, guna command show vlan). Nak buat jahat pun boleh kat sini.... hehe (tapi tak baik lah sebab nanti menyusahkan orang plak).

VOICE plak ada 5 jenis product, iaitu:

unit VOICE, handle problem yang related dengan telepon jer, contoh macam China nak call Jepun, tapi China takda direct connection dengan Jepun, so dia kena buat routing ke Malaysia untuk pergi ke Jepun. Bila China nak call Jepun, sekali orang India plak yang angkat tepon, so diorang pun buatlah complain kat TM Malaysia kata ada prob. So unit VOICE ni akan investigate apa prob dia dan solvekan. 

Semua yang aku belajar hari ni, berkaitan sangat dengan subjek Data Network yang aku belajar masa Semester 6. Basically, kat bahagian SRM ni, diorang macam Call Center r, kalo kita orang luar yang tak tau pape, tengok keje diorang ni, memang kita panggil diorang ni operator sebab keje diorang jawab panggilan tepon dan reply email complain customer. Memang menarik r keje diorang ni, keje 24 jam, 7 hari seminggu. So pc2 kat sini memang tak pernah tutup. Keje plak ada yang sampai 4shift ganti2, ada yang 3shift, ada yang 2shift dan ada yang normal shift yang mana masuk ofis pukul 8.30, balik 5.30 ikut office hour. Tunggu episode ke-3, The Return of Practical Day. CHAAAWWW!!!!!

Hari pertama praktikal.

Aku ngan member aku Wan dan Wamie praktikal kat TM Cyberjaya. Skop kerja xde sebab orang yang handle praktikal kitorang ni, dia nak kitorang belajar macam mana TM nya Data Network Management works. Ada flow-flow dia. Untuk pengetahuan korang, tempat praktikal kitorang ni handle untuk customer2 TM yang beli wholesale, tak sama macam Streamyx ngan Unifi. Streamyx ngan Unifi ni under retail. Maksud wholesale ni adalah customer2 yang beli bandwidth dari TM secara pukal (capacity untuk diorang transfer data). Antara customer diorang adalah company2 besar yang perlukan internet berkelajuan tinggi, Maxis, Celcom, Digi dan lain2. Sebenarnya yang korang guna internet dari phone tu cam 3G atau HSPDA yang melibatkan permindahan data tu, suma tu datang dari TM gak.
Dekat sini terbahagi kepada beberapa 'team' yang 'manage and handle customer complain'. Kitorang selaku pelajar praktikal ni akan melihat bagaimana cara semua team2 ni bekerjasama antara satu sama lain buat kerja diorang.  

Bawah ni adalah jadual untuk praktikal kitorang:

  25/01 - 31/01: SRM (Cyberjaya)
  01/02 - 10/02: SAM/NMCC (Cyberjaya)
  13/02 - 24/02: GDA (Jalan Raja Chulan)
  27/02 - 09/03: FRM (Jalan Raja Chulan)
  12/03 - 23/03: CPM (Jalan Raja Chulan)
  26/03 - 30/03: BCM/PRI (Cyberjaya)

Ni speed internet yang sempat aku test sebab saja nak tengok. Yang tak bestnya, mediafire ngan facebook takleh bukak sebab diorang block... haha


Sunday, January 01, 2012

Final Exam + Projek = Adoiiiiii......

Final exam akan tiba, aku ada 6 paper nak kena jawab sem ni. Subjek-subjek yang akan dipersembahkan pada Final Exam kali ini, adalah.....bunyi drum....drum....drum.....drum.....

2:15pm-5:15pm, Wk 1, 05-Jan-12
Groups: ENT600

9:00am-12:00pm, Wk 1, 08-Jan-12
Groups: QMT500

2:15pm-5:15pm, Wk 2, 11-Jan-12
Groups: ECE633

9:00am-12:00pm, Wk 2, 15-Jan-12
Groups: ECE541

8:30am-11:30am, Wk 3, 20-Jan-12
Groups: ESE563


Namun aku masih lagi belum start study sebab projek JAVA masih belum siap lagi. Tapi ku tidak akan patah hati, dan tidak akan aku berlari <--apsal macam ada rhythm plak ni?

adakah aku seorang rapper?
yang sukakan black pepper,
bakal bergelar seorang M.C,
tapi ku tak pernah ambik M.C.....YEAH!!!!!!

... hahaha.....

Programming projek untuk sem ini adalah untuk solvekan Sudoku guna JAVA. Pening skit JAVA ni sebab banyak sangat guna function, pening kepala nak tengok function ke function ke function.... Walaupun aku sememangnya sukakan function, tapi kalo dah berpusing2, pening gak kepala otak nak memahaminya....


Bayangkan lah, nak solvekan puzzle atas ni guna coding jer, pastu plak, language tu memang tak pernah belajar. Fuh, memang mencabar betul sambung degree ni, tapi takpe r, lagi pun nanti aku nak jadi Naib Canselor, kalo aku takde degree, orang kata apa plak kan????

"Cabaran perlu dicabar, biar pun ianya mencabar, tapi aku tetap bersabar. Kelak hari, nama ku terpampang di dada akhbar. Tersebar ke seluruh dunia tentang aku yang penuh semangat berkobar. Akhirnya, aku, tersenyum lebar." 
                                                                                                                         -muhdazri-

P.S: Sem ni macam bz giler je, selama satu sem ni, ni baru first time aku post something kat blog aku nie.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...