Sunday, February 27, 2011

Kesibukan.

Minggu yang penuh dengan tugasan, kerjaan, dan testan.

Sunday, February 13, 2011

Multimedia: Photoshop CS5 Animation

Berekperimentasi menggunakan photoshop. Tak sangka, rupanya begitu mudah untuk membuat 'animation' file format GIF (terutamanya jika anda seorang yang malas.... haha). Inilah hasilnya kerja multimedia aku dengan menggunakan logo kelas sebagai bahan ilustrasi.

Friday, February 11, 2011

Kejohanan Tertutup Catur UiTM (9/2/11)

Secara keseluruhan aku amat berpuas hati dengan game aku masa tournament tu. Tak banyak kesilapan yang aku buat dan gerakan yang aku tak sangka aku boleh hasilkan. Disebabkan cuma limit 32 player je, so ada 5 game, yang ianya boleh di'prove'kan melalui equation 2^5=32. First game aku dikalahkan oleh pemain chess yang ada rating, tapi kalah tipis je--->aku surrender. Lepas kalah game tu memang kecewa r, lepas tu bebudak yang kalah masa 1st round tu suma makan kaw2 makanan yang disediakan oleh penganjur iaitu nasi goreng bersama sambal dan telur dadar, manakala minuman pula ialah air nescafe yang mempunyai rasa yang agak asing bagi lidah aku.... dalam fikiran tak menyesal bayar yuran RM5 sebab dapat makan, kalo kalah pun tak kisah... hahaha....

Masuk game kedua, aku men kat board last sekali, moral down terus aku. Tapi memandangkan aku men kat board rendah, maknanya aku ada peluang untuk menang round ni. Aku pun bermain secara serius yang bersahaja, sampai checkmate bro tu, tapi aku tak sebut r checkmate, aku cuma cakap check je, pastu pura2 tak prasan dah checkmate...haha (takde r macam sorang mamat yang menang tempat ke5 tu, satu bilik tu dengar dia cakap CHECK. Excited sangat kot, dia dapat check opponent dia tu...hahaha).

Round ketiga aku fight dengan 'girl2' yang 'very talkative and extremely friendly with a very interesting name, Mayang Sari'. Game ni agak kelakar r gak, sebab tak sampai 1min, aku dah checkmate dia guna Queen ngan Kuda. Menurut beliau ianya adalah disebabkan oleh 'overdose' kandungan nescafe yang tinggi. Pastu dia nak rematch sebab nak tunggu next round plak, dan dia menang game tu. (Simpan tenaga otak untuk game seterusnya...hehe). Masa second ngan dia, dia tanyakan soalan yang telah dibuktikan semasa match tersebut, soalannya berbunyi,

         "kenapa masa men chess, kita kena men senyap? nak cakap pun kena bisik2?"

sebab soalan ni r aku kalah game tu.

1 kalah dan 2menang, masa ni memang aku nya confident level berada pada tahap yang memuaskan. Aku sanggup hadapi sesape aja opponent aku selepas ni, dan bila keluar je senarai opponent seterusnya, aku terasa sedikit hampa sebab terpaksa melawan mamat yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku tentang chess masa tournament SAF sem lepas. Tapi sungguh tak sangka, aku boleh menang lawan dia sebab aku dah faham opening move aku. Aku memang jenis yang main direct attack, tapi masa tournament tu memang aku attack gler2, sampai aku pun tak sangka aku yang men move tu tapi still lagi aku gunakan tactic block guna anak sebab nak limitkan movement buah opponent aku.

Last round, lawan perempuan lagi. Tapi entah kenapa aku terlalu over confident dan yakin yang aku boleh kalahkan dia (memang boleh pun... kui3). Seriously game ni, aku memang fikir attack je, kaw2 aku attack dia, no mercy. Tapi game ni aku rugi skit sebab tak mintak tolak opponent aku nya masa sebab buat illegal move-->sebab segan. Masa tu aku check dia, tapi dia tak perasan dan gerakkan Queen dia tanpa rasa bersalah terus tekan jam (jalan r masa aku... aduh). Tinggal saat2 terakhir aku dapat nak checkmate dia ,guna 2kuda ngan castle tapi apakan daya bendera jam aku jatuh dan masa aku habis. Dalam pengiraan aku, kemungkinan besar tinggal 2step lagi untuk aku checkmate dia. Anyway, aku terima kekalahan aku sebab dia memang opponent yang power. 

Aku tak bezakan jantina dalam game chess sebab jantina tidak menentukan hebat atau lemah, tetapi strategi. Tak r macam sorang lagi mamat ni yang mana adalah member kepada pemenang tempat ke5 tu, dengan yakin kata boleh menang mudah ngan perempuan, tapi akhirnya dikalahkan juga, bukan sekali, tetapi dua kali.... hahaha... menurut pemenang tempat ke5 ni kemungkinan besar ianya akan menjadi stok bahan selama 1-2minggu di rumah beliau).

Inilah hasilnya, aku kalah tempat ke-7... YEAHHH!!!!!
Wajah loser yang kalah tempat ketujuh... haha... 

Keputusan Kejohanan Tertutup UiTM 9/12/11 (Individu) 


 Sumber dari http://uitmchess.blogspot.com/

Friday, February 04, 2011

Assignment2 Multimedia

Aduh, tension aku nak wat assignment ni. Laptop dah rosak, nak buang kena r gi menumpang rumah member pinjam laptop beliau. Setelah seharian membuatnya, siaplah hasil kerja aku yang paling teruk sekali aku rasakan. Idea aku banyak, tapi nak meng'implement'kannya kat adobe photoshop ni susah sungguh. 'Last'2, aku 'give up'... malas dah nak buat bagi cantik2, yang penting suma benda yang dia nak ada kat dalam poster tu.

Extremely extraordinary unsatisfying feelings.  

Terima kasih kepada Hadi Malik Shahadah
kerana telah memberi pinjam laptop beliau
dalam usaha menyiapkan assignment ini dan 
bermain dota.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...